Khamis, 4 November 2010

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Kumpulan pertama Jemaah Haji Malaysia 2009

Kami AJK surau al-Ridzuan Taman Dawani mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada HJ MALIK & ISTERI serta EN KASMAN & ISTERI bersama 28,000 jemaah haji Malaysia pada tahun ini yang akan melaksanakan ibadah tersebut di tanah suci Mekah.

Alhamdulillah, kumpulan seramai 16,082 jemaah haji ini telah berlepas ke tanah suci Mekah al Munawwarah. Bila tengok depa ni pegi, teringat masa kita dok pegi dulu. Suasana tak banyak berubah. Perasaan tenang dan bahagia sangat, nak mengunjungi bumi anbiya’.

Apa pun dalam keadaan sekarang, kami berdoa moga semua jemaah haji kita sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan depa dan semoga sentiasa mendapat perlindungan dari Allah SWT, moga-moga jemaah tu semua dijauhi dari sebarang musibah dan penyakit, terutamanya wabak H1N1.

Kita juga bersyukur, yang kerajaan sudah mengambil langkah awai dengan memberi suntikan tambahan influenza bermusim seperti yang telah diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Semoga semua jemaah haji kita tabah dan banyak bersabaq dalam melaksanakan ibadah haji dan semoga depa semua dikurniakan dengan haji yang mabrur, insya-Allah.AMIN YA RABBAL ALAMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan