Masjid Songjiang mengekalkan gaya tradisional agama Islam pada zaman Dinasti Yuan dan Ming dalam sejarah China, iaitu kawasan perkuburan disediakan dalam masjid. Terdapat empat batu bersurat kuno yang tercatat sejarah masjid tersebut dan proses projek memperbaiki masjid ini pada zaman Dinasti Ming dan Qing. Masjid Songjiang boleh dikatakan sebagai tapak bersejarah yang penting bagi interaksi tamadun China dengan dunia Arab.
Pintu utama masjid tersebut menuju ke arah utara. Selepas memasuki pintu masjid, kita melalui sebatang jalan yang sempit. Setelah melalui jalan ini, pemandangan kita akan terbuka luas kerana sampai ke satu halaman yang sangat luas. Halaman tersebut dikelilingi oleh tembok. Bentuk tembok tersebut menyerupai seekor naga. Maka, tembok ini juga dikenali sebagai "Tembok Naga". Bentuk yang halus dan cantik diukir pada atap tembok tersebut.
Pintu gerbang ini juga dianggap sebagai menara dalam masjid. Seni binanya mempunyai cirri binaan tradisional bahagian selatan China pada zaman kuno.
Dewan sembahyang yang menyerupai istana tradisional China terletak di barat masjid tersebut. Tempat mengambil wuduk terletak di sebelah selatannya, manakala bilik untuk Imam menyampaikan ceramah, membaca Al-Quran dan menemui tetamu disediakan di kedua-dua bahagian di utara dan selatan dewan sembahyang ini.
Masjid Songjiang seperti sebuah taman peranginan. Pokok yang berusia dapat dilihat dalam halaman masjid, manakala rumput yang hijau dan bunga yang berwarna-warni juga terdapat dalam masjid ini. Suasana di sini sangat sunyi dan harmoni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan