Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Kezaliman yang berpanjangan di bumi Palestin mengakibatkan pihak penceroboh, Zionis-Israel sendiri dilaporkan begitu takut menyertai Piala Dunia 2010 di Afsel, Afrika Selatan secara langsung (live) tidak lama lagi. Suatu saluran televisyen Tel Aviv baru-baru ini melaporkan, beberapa organisasi tempatan Afrika Selatan yang pro kemanusiaan Palestin mula melengkapkan beberapa maklumat logistik berkaitan pasukan Zionis-Israel sejak Januari tahun lalu lagi. Sumber tersebut juga memberitahu bahawa, motif beberapa organisasi terbabit adalah menculik pasukan Zionis tersebut lalu diheret ke muka pengadilan, sebagai membalas dendam atas kezaliman mereka di Sempadan Gaza. Dilaporkan, bekas-bekas parajurit Zionis yang mendapat dwi-kerakyatan Afrika Selatan turut dikenal pasti oleh beberapa organisasi berkaitan Palestin yang berpangkalan di Afrika Selatan, sempena Piala Dunia 2010 itu. Disebabkan perkembangan terbaru itu, beberapa media arus perdana Tel Aviv mengutip responden berhubung kawajaran Israel menghantar suatu deligasi ke Afrika Selatan sempenan Piala Dunia 2010 tersebut. Dari maklum balas yang diterima, majoriti rakyat Tel Aviv bersetuju Israel tidak menghantar deligasi ke sana, kerana bimbang ditangkap lalu didakwa sebagai ‘penjenayah perang’
|
Sabtu, 9 Januari 2010
Kezaliman yang berpanjangan di bumi Palestin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan