Majlis forum telah dirasmikan oleh pegawai daerah Kulaijaya Tuan Haji Elias bin Hasran.
Turut hadir sama ialah Ketua Polis Daerah Kulaijaya Tuan Superitendant Zulkifly bin Yahya.
Sebelum itu, selepas solat maghrib telah diadakan majlis tahlil dan bacaan doa selamat sebagai meraikan pemergianTuan Hj. Mohd Fahmi yang akan berangkat ketanah suci menunaikan fardu haji pada 10hb. November ini. Beliau akan menjadi pemimbing kepada rombongan haji Kerajaan Negeri Johor. Turut sama di raikan ialah setiausaha Surau Al-Ridzuan, saudara Mohd. Bahrin bin Mohd. Basri yang akan berangkat ke tanah suci pada 16hb. November ini.
Dianggarkan sekitar 2oo orang telah hadir di majlis ini. Inilah julong-julong kalinya majlis sebegini diadakan di Surau Al-Ridzuan ini. Ianya adalah satu dari program-program Jabatan Agama Daerah Kulaijaya sebagai pemangkin kepada perkembangan syiar Islam khususnya di daerah Kulaijaya ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan